Wednesday 12 December 2012

BAB SIRAH : PERJANJIAN AQABAH YANG PERTAMA


Bai'at 'Aqabah I (621 SM) adalah perjanjian Muhammad shallahu 'alaihi wa sallam dengan 12 orang dari Yatsrib yang kemudian mereka memeluk Islam. Bai'at 'Aqabah ini terjadi pada tahun kedua belas kenabiannya shallahu 'alaihi wa sallam. Kemudian mereka berbaiat (bersumpah setia) kepada Muhammad shallahu 'alaihi wa sallam. Isi baiat itu ada enam perkara:
  1. Tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun.
  2. Jangan mencuri.
  3. Jangan berzina.
  4. Jangan membunuh anak-anak kalian.
  5. Jangan berbohong.
  6. Jangan bermaksiat kepada-Nya.
Nabi Muhammad shallahu 'alaihi wa sallam mengirim Mush’ab bin ‘Umair dan Abdullah bin Ummi Maktum ke Yatsrib bersama mereka untuk mengajarkan kepada manusia perkara-perkara Agama Islam, membaca Al Qur'an, salat dan sebagainya.
Bai'at berarti perjanjian atau ikrar bagi penerima dan sanggup memikul atau melaksanakan sesuatu yang dibai'atkan. Istilah Bai'at sekarang biasanya digunakan dalam penerimaan seorang murid oleh Syeikhnya untuk menerima wirid-wirid tertentu dan berpedoman terhadap bai'at sebagai suatu amanah (digukanan oleh kelompok sempalan Islam), kata bai'at itu mengandung arti mendatangkan sesuatu yang baru dan harus dilaksanakan.

PENGAJARAN AKHLAK:

TAUBAT NASUHA

Taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat. Taubat merupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hamba-Nya agar mereka dapat kembali kepada-Nya.

Hukum bertaubat adalah wajib bagi setiap umat Islam

Cara bertaubat :
  1. Bersungguh-sungguh tidak akan melakukan dosa
  2. Menyesal diatas segala keterlanjuran yang dilakukan
  3. Menyelesaikan urusan dengan orang yang berhak
Kepentingan bertaubat

  1. Taubat mengelakkan dari kemurkaan Allah Taala
  2. Taubat meningkatkan harga diri
  3. Allah mencintai hambanya yang bertaubat
  4. Mencontohi akhlak Rasullullah yang bertaubat lebih dari tujuh puluh kali sehari semalam
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjJXhSPeihuLyWZf162q95S7B3rfBMg3u_0NTMDKPudlnr6_9Fi7VhqmydNEiHgrghurcOz9QV3eKId23ZkAixl8E3CXzbFw3PaIl36gq0ycidGPuA0Pcnz_2byLzadwWknQKRlhzT4Xs/s400/Taubat1.jpg

BAB AKHLAK:

SIFAT IKHLAS

IKHLAS
ERTI IKHLAS IALAH:
"Melakukan sesuatu amalan kerana Allah Taala"

 Ciri-ciri ikhlas:
  • tidak menunjuk-nunjuk
  • tidak mengungkit-ungkit
  • tidak mengharapkan balasan
  • hanya mengharapkan balasan Allah
Akibat tidak bersifat ikhlas:
  • amalan tidak diterima Allah
  • dimurkai Allah dan Rasul
  • hidup tidak diredhai Allah
Kelebihan bersifat ikhlas
  • Disayangi Allah dan Rasul
  • Hidup sentiasa tenag
  • Disenangi rakan dan masyarakat

SOALAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6

soalan

NIAT-NIAT SOLAT JAMAK QASAR:

Di sini diterangkan sedikit tentang niat solat jamak qasar:

Tuesday 11 December 2012

NOTA SIRAH : KEPIMPINAN RASULULLAH S.A.W. DI MADINAH

Nota Sirah

SOLAT BAGI ORANG SAKIT

SEMBAHYANG ORANG SAKIT


 Cara Sembahyang Duduk

 Keadaan dan cara duduk bagi orang yang tidak berdaya berdiri dalam sembahyang fardhu atau berdaya untuk berdiri dalam sembahyang sunat tetapi melakukannya dengan duduk, tidaklah ditentukan cara dan keadaan duduknya itu. Bahkan adalah memadai dengan kesemua cara dan keadaan duduk itu, akan tetapi makruh dengan duduk iq‘a (bertinggung).
Manakala duduk bagi menggantikan berdiri:
Mengikut qaul yang ashah adalah afdhal duduk dengan keadaan iftirasy (seperti duduk ketika tahiyyah awal) kerana duduk iftirasy itu adalah salah satu duduk ibadat, maka ianya lebih awla (utama).
Sementara qaul yang kedua, afdhal duduk dalam keadaan mutarabbi‘an (duduk bersila). Cara sedemikian ini ialah bagi menggantikan cara sembahyang berdiri, oleh yang demikian hendaklah dibezakan duduk menggantikan berdiri itu daripada duduk-duduk yang lainnya iaitu duduk dengan bersila.
Adapun cara duduk ketika hendak melakukan tahiyyah awal, tahiyyah akhir dan duduk antara dua sujud dalam sembahyang duduk, adalah afdhal dan sunat dilakukan dengan duduk yang sama sebagaimana sembahyang orang sihat. Iaitu duduk tawarruk bagi tahiyyah akhir dan duduk iftirasy bagi duduk antara dua sujud dan tahiyyah awal.
Cara Rukuk Dan Sujud Dalam Sembahyang Duduk
Rukuk dan sujud merupakan salah satu daripada rukun sembahyang, sebagimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: "Rukuklah kamu dan sujudlah kamu."
(Surah Al-Hajj: 77)
Adapun cara rukuk orang yang bersembahyang duduk, ialah sekurang-kurangnya dengan membongkokkan badan sedikit bersetentangan dengan kedua-dua lututnya. Manakala cara yang sempurna adalah dengan membongkokkan badan melebihi daripada kadar di atas hingga berbetulan ke tempat sujud. Dan cara sujudnya pula sama seperti sujud biasa.
Apabila orang yang bersembahyang duduk itu tidak berdaya juga melakukan rukuk dan sujud dalam keadaan duduk seperti cara-cara yang dijelaskan di atas, maka hendaklah dia berbuat yang terdaya olehnya dengan cara membongkok seberapa yang boleh. Tetapi hendaklah sujudnya itu lebih rendah daripada rukuknya bagi membezakan antara sujud dan rukuk, dan melakukannya wajib bagi mereka yang mampu membezakannya.
Jika orang yang bersembahyang duduk itu tidak berdaya juga untuk melakukan rukuk dan sujud dengan seberapa yang boleh, maka dia hendaklah melakukan rukuk dan sujud tersebut dalam keadaan duduk itu secara isyarat. (Majmuk: 4/201-203) Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: "Dan jika aku memerintahkan kamu untuk mengerjakan sesuatu, maka kerjakanlah ia dengan apa yang kamu terdaya."
(Hadis riwayat Bukhari)
Demikianlah cara dan keadaan bagi mereka yang melakukan sembahyang duduk disebabkan ada keuzuran yang bersangatan untuk berdiri.
Tidak Berdaya Untuk Rukuk Dan Sujud
Apabila seseorang itu tidak berdaya melakukan rukuk dan sujud kerana ada keuzuran yang bersangatan, tetapi dia berdaya untuk berdiri dan duduk, maka dalam keadaan ini wajiblah dia bersembahyang dalam keadaan berdiri dan tidak sah jika dia bersembahyang dalam keadaan duduk.
Cara rukuk dan sujud bagi orang yang tidak berdaya melakukannya, hendaklah dalam keadaan dia rukuk, dia membongkokkan badannya sekadar yang terdaya. Sementara ketika sujud, maka cara sujudnya adalah dalam keadaan badannya membongkok dengan kedudukan lebih rendah daripada rukuknya, bagi membezakan kedua-duanya.
Jika dia terdaya untuk melakukan rukuk, tetapi tidak terdaya untuk sujud, maka dalam hal ini tertakluk pada tiga keadaan dan ianya serupa dengan keadaan rukuk dan sujud dalam sembahyang duduk:
Apabila dia terdaya untuk melakukan sekurang-kurang kadar had rukuk dan tidak pula melebihi daripada kadar itu, maka bolehlah dia melakukan perbuatan yang serupa bagi rukuk dan sujud dengan membongkokkan badan dengan kadar yang dia terdaya itu (kadar had sekurang-kurang rukuk).
Adapun jika dia terdaya untuk melakukan kadar had rukuk yang sempurna dan tidak melebihi daripada kadar itu, maka bolehlah juga dia melakukan perbuatan yang serupa bagi rukuk dan sujud dengan membongkokkan badan dengan kadar yang dia terdaya itu (kadar had sempurna rukuk). Akan tetapi janganlah dia melakukan rukuk itu kurang daripada kadar had sempurna rukuk sedangkan dia terdaya untuk melakukannya, supaya tidak menghilangkan perbuatan yang sunat bagi rukuk (kadar had sempurna rukuk).
Jika dia terdaya untuk melakukan rukuk dengan melebihi kadar had sempurna rukuk, maka hendaklah dia melakukan rukuk dengan tidak melebihi kadar had sempurna itu. Manakala sujudnya pula hendaklah melebihi daripada kadar had sempurna rukuk itu. Ini kerana membezakan antara kedua-dua perbuatan tersebut (membongkok kerana rukuk dan membongkok kerana sujud).
Adapun bagi orang yang tidak berdaya untuk membongkokkan badannya bagi menggantikan perbuatan rukuk dan sujud, maka hendaklah dia melakukannya dengan menundukkan leher dan kepala. Jika tidak termampu juga dengan demikian itu maka hendaklah melakukannya dengan isyarat. (Hasyiyatan Qalyubi ‘Umairah: 1/165, Majmuk: 4/204)
Tidak Berdaya Untuk Berdiri Dan Duduk
Dalam keadaan masyaqqah dan keuzuran yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengerjakan sembahyang dengan berdiri dan duduk, maka harus baginya mengerjakan sembahyang dengan cara berbaring, iaitu disunatkan berbaring pada rusuk sebelah kanan dan menghadapkan muka dan badannya ke arah kiblat seperti keadaan mayat di liang lahad.
Adapun jika dia berbaring pada rusuk sebelah kiri, adalah makruh perbuatannya itu selagi dia berdaya untuk berbaring pada rusuk sebelah kanan. Walau bagaimanapun sembahyangnya dalam keadaan sedemikian adalah sah. Jika terdapat keuzuran (tidak berdaya) sembahyang berbaring di sebelah rusuk kanan, maka wajiblah dia berbaring di sebelah rusuk kiri dengan menghadapkan muka dan badannya ke arah kiblat.
Jikalau menjadi kesukaran juga dalam melakukan kedua-dua keadaan ini, maka haruslah dia mengerjakan sembahyang baring secara menelentang dengan menghadapkan muka serta telapak kakinya ke arah kiblat. Bagi orang yang sembahyang dalam keadaan ini, hendaklah diletakkan sesuatu di bawah kepalanya seperti bantal supaya dapat meninggikan mukanya bagi menghadap kiblat bukannya menghadap ke arah langit. (I‘anah At-Thalibin: 1/160-161, Hasyiyatan Qalyubi ‘Umairah: 1/166)
Orang sakit yang tidak berdaya untuk menghadap kiblat seperti orang yang lumpuh anggota badan yang terlentang di atas katil sedangkan ianya tidak menghala ke arah kiblat. Jika tiada ada orang yang dapat menolong untuk memalingkannya agar dapat menghadap kiblat sama ada orang tersebut diupah atau sebagainya, maka haruslah dia bersembahyang dalam keadaannya itu walaupun tidak menghadap kiblat. Akan tetapi diwajibkan baginya untuk mengulangi sembahyang tersebut. (Majmuk: 3/223)